|
Ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) . Foto: math2033.uark.edu |
|
Senator Patty Murray (D). Foto: Wikipedia |
|
Paul Rieckhoff. Foto: bigthink.com |
WASHINGTON - Seramai 22 askar veteran Amerika Syarikat membunuh diri setiap hari atau secara puratanya seorang setiap 65 minit dalam tempoh lebih satu dekad.
Angka tertinggi kes bunuh diri mencapai tahap tertinggi pada tahun lalu dengan 349 orang.
Lebih 69 peratus kes bunuh diri itu membabitkan bekas askar berusia 50 tahun ke atas.
Ia didedahkan kelmarin oleh Jabatan Hal Ehwal Askar Veteran (VA) yang membuat kajian kes bunuh diri daripada 1999 hingga 2010.
Kajian sebelum ini menganggarkan angka bunuh diri sebanyak 18 orang setiap hari.
Perangkaan itu didapati selepas kajian menyeluruh dijalankan oleh kerajaan mengenai kes bunuh diri di kalangan askar veteran menunjukkan keadaan sebenarnya lebih serius.
“Data ini mendedahkan keadaan sebenar kadar kes bunuh diri askar veteran,” kata Senator Patty Murray yang memperjuangkan penjagaan kesihatan lebih baik kepada golongan itu.
Berita itu disiarkan dua minggu selepas pemimpin tentera Amerika mengakui kadar bunuh diri mencapai angka tertinggi pada 2012 iaitu hampir seorang sehari, mengatasi kematian akibat perang.
Keadaan itu berlaku meskipun Pentagon dan VA mempertingkat usaha menanganinya.
Sementara itu, pergerakan Askar Veteran Amerika di Iraq dan Afghanistan yang mempunyai 200,000 anggota, berkata rakyat Amerika sepatutnya marah dengan kadar kematian mereka.
“Laporan bunuh diri VA adalah perkara terpenting untuk disiarkan sejak 2007. Pemimpin di Washington perlu mempercepat usaha menyekatnya perkara itu berlarutan,” kata pengasas IAVA dan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Rieckhoff. - Agensi / Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.