|
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika berucap di PBB. Foto: Reuters |
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa Kerajaan Israel menolak peningkatan status keanggotaan Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Tindakan sepihak Palestin di PBB, telah melanggar perjanjian dengan Israel. Kerajaan Israel secara rasmi menolak keputusan Perhimpunan Agung PBB," ujar Netanyahu.
"Kami akan terus membangun dan akan tetap membangun (pemukiman Yahudi) di Jerusalem dan di kawasan yang menjadi kepentingan nasional Israel," katanya.
Pada Jumaat lalu, Israel mengumumkan akan terus meningkatkan pembinaan penempatan di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat, dan akan membina 3,000 rumah di kawasan yang sepatutnya akan menjadi sebahagian negara Palestin yang merdeka.
Keputusan Kabinet Israel hendak membina penempatan itu dikritik hebat oleh Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa. Mereka menilai tindakan Israel itu hanya akan menyukarkan perdamaian Palestin-Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.