Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 2 Disember 2012

Penduduk Kampung Serbia Takut Vampire

Gambaran vampire Sava Savanovic. Foto: ABC

BELGRADE - Penduduk kampung Zorazje, Serbia pada masa ini berada dalam kebimbangan kerana mereka percaya, tokoh legenda vampire bernama Sava Savanovic sedang mencari mangsa untuk dihisap darahnya. 
"Penduduk sangat bimbang dan takut. Semua orang mengetahui legenda vampire ini dan maklumat mengatakan bahawa vampire tersebut sedang berkeliaran mencari mangsa pada masa ini", ujar seorang ketua kampung, Miodrag Vujetic.
"Penduduk kampung mulai melakukan hal-hal yang boleh menghalang Savanovic, seperti memasang tanda salib, menggosok tangan dengan bawang putih dan membawa kayu tajam setiap kali mereka pergi keluar," tambah Vujetic. 
Lokasi rumah vampire yang roboh
Penduduk di kampung tersebut berkata bahawa Savanovic berkeliaran selepas rumah yang dipercayai menjadi tempat tinggalnya roboh. Penduduk kampung percaya, vampire itu hendak mencari tempat tinggal baru.
"Ramai orang luar mungkin tertawa dengan apa yang dilakukan oleh penduduk kampung ini. Namun kami percaya vampire itu memang ada," jelas ketua kampung itu.
Ahli sejarah Serbia, James Lyon, mengatakan, masih ada masyarakat di kawasan Balkan yang percaya akan kewujudan vampire. Mereka yang berkenaan biasanya tinggal di daerah-daerah yang terpencil dan dikelilingi hutan.
"Di negara-negara pecahan Yugoslavia, masih ramai penduduk yang menganggap serius ancaman serangan vampire. Bagi mereka, vampire adalah makhluk yang mengerikan dan bukan seperti lelaki yang digambarkan dalam filem Twilight, "ujar ahli sejarah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.