Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Disember 2012

TUDM Terima Pesawat Baru

Pesawat Eurocopter EC725. Foto: Airplane Pictures

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 baru bagi menggantikan pesawat Nuri. 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, baki pesawat itu dijangka akan diterima selewat-lewatnya pada Januari 2014. 
"Model EC725 yang dipasang di Perancis itu akan meningkatkan keupayaan TUDM untuk melaksanakan operasi termasuk mencari dan menyelamat, pengangkut-an taktikal tentera, misi utiliti khas siang dan malam dalam apa jua keadaan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan EC725 kepada TUDM di Terminal Skypark Subang, di sini, sebentar tadi. - BH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.