Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 2 Disember 2012

Profesor Dipanah Dalam Kelas

ANGGOTA polis lengkap bersenjata bersedia untuk menangkap suspek semalam. Foto: myMetro

CASPER (Wyoming): Seorang lelaki yang membawa senjata tajam dipercayai busur dan anak panah membunuh dua orang, termasuk seorang profesor kolej dalam kelas Sains sebelum membunuh dirinya semalam. 
Sebelum itu, suspek turut membunuh seorang wanita yang memakai pijama di jalan raya dekat kampus kolej itu. Ketua Polis Casper, Chris Walsh berkata, profesor lelaki itu dan suspek ditemui mati dalam kelas di Pusat Sains Fizikal kolej komuniti berkenaan kira-kira jam 9 pagi, lapor akhbar Casper Star-Tribune. Akhbar itu turut melaporkan seorang pelajar wanita melihat pembunuh itu memanah seorang profesor sebelum menikamnya dengan senjata tajam berulang kali. 
Polis percaya ketiga-tiga mangsa mempunyai kaitan, tetapi serangan tidak berkaitan dengan kolej itu. Pembunuh juga bukan pelajar di kolej terbabit yang dikenakan kawalan ketat hingga tengah hari ekoran kejadian itu. 
Polis berkata, pihaknya dihubungi supaya bergegas ke Kolej Casper kira-kira jam 9 pagi bagi menangani kejadian itu. 
“Terdapat tiga kematian disahkan di dua kawasan berasingan di tempat kejadian. Seorang mangsa adalah kakitangan kolej,” kata polis dalam satu kenyataan. - FN
____________________________________________________________________

Kalau orang nak melakukan jenayah
kalau orang dah nak bunuh orang
dia boleh buat walaupun tanpa pistol
walaupun tanpa senjata api
 
Kalau niat nak membunuh dah ada di hati
cukup dengan pisau belati, batang besi, seutas tali atau serapah jampi
orang boleh bunuh orang sampai mati
jika dia sampai hati
 
Dalam kes bunuh di atas
hanya busur dan anak panah jadi senjata
menyebabkan dua manusia hilang nyawa
Begitulah keadaannya bila orang bertindak sesuka hati
undang-undang yang ada tak dipatuhi
asal puas hati sendiri
 
Orang seperti ini ada di mana-mana
termasuk di negara kita
maka kita harus waspada
sebelum kita hilang nyawa
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.