|
Keadaan di Gaza selepas serangan Israel. Foto: Reuters |
TEL AVIV - Kira-kira dua pertiga rakyat Israel menjangkakan, keselamatan negara itu tidak akan pulih selepas kerajaan melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada November lalu, sedangkan kerajaan mendakwa, serangan berkenaan bertujuan untuk menghalang serangan roket Hamas yang seringkali mengancam wilayahnya.
Hal itu diketahui hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Universiti Maryland di Israel. Dalam tinjauan pendapat itu, jumlah penduduk Israel yang menyatakan keadaan keselamatan semakin baik selepas serangan ke atas Gaza hanya sekitar 36 peratus.
Sementara 38 peratus penduduk yang lain menyatakan, keadaan keselamatan tidak mengalami perubahan. Sedangkan 21 peratus penduduk lagi menganggap keadaan di negara itu menjadi lebih buruk selepas serangan. Selain itu, tinjauan pendapat juga mendapati hanya 40 peratus penduduk Israel yang percaya negara itu memenangi konflik di Gaza pada bulan lalu.
"Kebanyakan penduduk Israel tidak rasa mereka mencapai kemenangan dalam konflik tersebut," ujar penyelidik dalam tinjauan pendapat itu, Shibley Telhami.
Telhami juga mendedahkan populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, meningkat di kalangan rakyat Israel. Obama ketika ini menjadi pemimpin dunia yang paling disukai oleh rakyat Israel. Sekitar 60 peratus penduduk Israel menyatakan mereka menyukai Obama.
Hal tersebut mengejutkan kerana hubungan Obama dengan Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu, dikatakan kurang baik. Semasa pemilihan Presiden AS yang lalu, Netanyahu secara terang-terangan memberikan sokongan kepada saingan Obama, Mitt Romney.
Tinjauan pendapat itu juga mendapati separuh penduduk Israel tidak bersetuju negara itu melakukan serangan ke atas Iran dan hanya 18 peratus responden yang bersetuju Israel boleh menyerang Iran tanpa bantuan AS. Walaupun begitu, kebanyakan penduduk negara Zionis tersebut percaya ketika ini Iran sedang memajukan tenaga nuklearnya untuk dijadikan senjata.
____________________________________________________________________
Suatu kajian yang menarik
secara tak langsung
kita tumpang mengetahui bahawa
PENDUDUK Israel kini TAK LAGI RASA SELAMAT seperti dulu
Selain itu
buat pertama kali
sejak lebih 60 tahun Israel ditubuhkan
RAMAI PENDUDUK negara itu
KURANG MINAT MENYERANG NEGARA JIRAN mereka
Suatu yang dicari kini ditemui
rupanya KUNCI PERDAMAIAN di Asia Barat ialah
PALESTIN yang KUAT dan negara-negara ARAB yang KUAT
Buktinya
buat pertama kali
sejak konflik Israel-Palestin
Israel SEGERA BERSETUJU gencatan senjata
hanya selepas bumi Israel DIHUJANI ROKET Hamas
Satu lagi pengajaran ialah
perundingan dengan Israel hanya akan berlangsung secara adil dan seimbang
jika DIPLOMASI Palestin disulami dengan TINDAKAN BERSENJATA
Tanpa kekuatan senjata
Palestin tak mungkin mendapat apa-apa
selain terus dihina...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.