Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 2 Disember 2012

Penyamun Kebas Tabung Derma Di Serdang



SERDANG: Seorang lelaki yang disyaki melarikan tabung wang derma untuk kanak-kanak spastik dari sebuah klinik di Jalan Kenari, Puchong, di sini, berjaya ditahan beberapa minit kemudian, kelmarin. 
Difahamkan, seorang orang awam yang menyedari lelaki terbabit mengambil tabung berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, berdasarkan makluman itu, dua anggota peronda segera mengesan kereta suspek.
“Pemeriksaan polis menemui kereta dipandu suspek di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Kedua-dua anggota terbabit menahan suspek untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan menemui tabung derma terbabit di bahagian but kereta. Polis kemudian membawa suspek ke Balai Polis Puchong Jaya,” katanya.
Abd Razak berkata, siasatan lanjut turut menemui kad pengenalan dan kad ATM milik seorang wanita yang diletakkan dalam dompet milik suspek.
Menurutnya, polis juga mendapati kad pengenalan berkenaan milik seorang mangsa samun di Taman Murni, Cheras.
Malah, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun dan dia ditahan reman bagi siasatan selanjutnya. - myMetro
______________________________________________________________

Orang macam nih elok aje dipotong tangannya
kalau dia orang Islam
sebab dia dah ada rekod jenayah lampau
maknanya dia pernah menyamun atau mencuri sebelum ini
Kalau tangkap orang nih dan masukkan dia dalam jel pun
membazir wang pembayar cukai aje
untuk nak menyara kos sara hidupnya selama dalam jel
sebab dia tak mungkin serik menyamun selagi dia masih ada tangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.