|
Obama bersama Bill Clinton semasa kempen Pilihan Raya Presiden yang lalu. Foto: AP |
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan memasuki tempoh kedua pemerintahannya. Ada banyak persoalan mengenai bentuk kabinet Obama selepas ini. Beberapa nama telah disebut-sebut menjelang perlantikan semula Obama.
Salah satu berita yang sedang hangat ketika ini ialah kemungkinan bekas Presiden AS, Bill Clinton, diberikan jawatan dalam kabinet Obama. Banyak pihak tertanya-tanya kemungkinan Clinton menggantikan isterinya, Hillary, yang akan melepaskan jawatan Setiausaha Negara AS.
Kemungkinan Obama memilih Bill Clinton untuk menjadi Setiausaha Negara bukan suatu yang mustahil. Hal tersebut memang agak pelik, tetapi Bill Clinton adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.
Beberapa pihak juga turut tertanya-tanya kemungkinan Obama mempertimbangkan kemasukan calon dari Parti Republikan ke dalam kabinetnya.
Sehingga kini, Obama belum memberi petunjuk mengenai beberapa posisi jawatan yang akan dikosongkan. Sebelum ini Hillary Clinton dijangka tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai Setiausaha Negara AS. Sementara Leon Panetta, dilaporkan tidak akan menyambung khidmatnya sebagai Setiausaha Pertahanan AS. - ABC News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.