Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 1 Disember 2012

Setelah Bertarung, Obama-Romney Makan Bersama

Romney ketika bertemu dengan Obama di Rumah Putih. Foto: The White House

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan bekas lawannya dalam Pilihan raya Presiden AS 2012, Mitt Romney, telah bertemu untuk makan tengah hari bersama.
 
Kedua-duanya bertemu di Rumah Putih pada Khamis 29 November, ketika AS sedang menunggu keputusan status keahlian baru Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kedua-dua ahli politik AS itu melupakan seketika pertarungan mereka dalam pilihan raya lalu yang dimenangi oleh Obama.
 
Menurut pihak Rumah Putih, Obama dan Romney menikmati ayam Belanda masak cili dan ayam bakar yang disertai salad. Mereka menikmati makan tengah hari di ruang makan yang bertentangan dengan Ruang Oval di Rumah Putih.
 
Lawatan Romney ini berlangsung secara rahsia dan Romney dikawal ketat sejak masuk ke Rumah Putih sehingga bertemu dengan Obama. Jamuan tengah hari yang diadakan dalam suasana mesra ini, berlangsung lebih kurang satu jam. Kedua-dua tokoh berkenaan sempat bergambar bersama di depan meja kerja Obama di Ruang Oval.
 
"Romney sempat mengucapkan tahniah kepada Obama atas kejayaan kempennya. Dia mendoakan semoga tempoh jawatan empat tahun Obama akan berjalan dengan lancar,"  jelas Rumah Putih.
 
Menurut Rumah Putih, jamuan tengah hari itu juga turut membincangkan secara ringan mengenai apa yang sedang berlaku ketika ini di Amerika dan dunia.
 
"Fokus perbincangan mereka adalah tentang kepimpinan Amerika di dunia dan pentingnya menjaga kepimpinan itu di masa depan. Mereka berjanji akan selalu berhubung, jika ada kesempatan untuk bekerja sama," lanjut kenyataan Rumah Putih.
 
Hal ini disahkan oleh jurucakap Rumah Putih Jay Carney, yang menyebut bahawa Presiden Obama tertarik dengan beberapa idea Romney. Kedua-duanya juga berkongsi pengalaman masing-masing semasa kempen yang lalu.
 ____________________________________________________________________

Inilah KEUNIKAN politik Amerika
ahli politik mereka BOLEH berlawan mati-matian dalam kempen pilihan raya
berdebat dan bertekak MACAM orang berkelahi
tapi mereka masih BOLEH duduk makan minum bersama SELEPAS itu
 
Satu lagi KEHEBATAN mereka ialah
mereka MENGHARGAI idea orang lain
bila Obama TERTARIK dengan idea Romney
Obama PANGGIL Romney makan bersama
bukan terus CURI idea itu
 
Bukankah BAGUS kalau begini politik di Malaysia
bukan MENGUTUK DI TEMPAT LAIN 
tapi ENGGAN berdebat secara berdepan
SUNGGUH MENJENGKELKAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.