Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Disember 2012

Senator AS Mahu Israel Beri Respon Terhadap Palestin

Senator John McCain. Foto: AP

WASHINGTON - Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain, mendesak Israel memberi respon terhadap pengiktirafan Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  
Ahli politik Parti Republikan itu mengatakan, Israel harus duduk bersama AS bagi membincangkan langkah yang harus diambil terhadap usaha sepihak Palestin di PBB. Menurut calon Presiden AS 2008 itu, Israel dan AS harus membincangkan respon itu dengan berhati-hati. 
"Saya tidak menyalahkan Israel atau Kerajaan AS. Kita sudah tahu hal tersebut dirancang sejak lama," ujar McCain kepada televisyen Channel 10. 
Menurut McCain, AS dan Israel harus sedar bahawa keanggotan Palestin di PBB akan membawa masalah kerana Palestin boleh menganggotai lembaga Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). 
Tetapi menurutnya, pada masa yang sama AS dan Israel tidak sepatutnya membiarkan perkara ini tidak diberi respon. 
Bagaimanapun, McCain enggan mengulas soalan tentang tekanan AS terhadap Israel agar tidak memberi respon yang keras terhadap peningkatan status Palestin di PBB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.