Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 1 Februari 2013

Disamun RM10 Ribu Dalam Masjid

Foto: terengganucunsokmo.blogspot

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor. Foto: Sinar Harian

Perompak menggunakan kereta Perodua Viva putih (hiasan). Foto: http: myheartythrow.blogspot

Pemandangan dalam masjid (hiasan). Foto: teropongmasa.blogspot


DUNGUN – Dua wanita yang singgah solat di sebuah masjid dekat sini, menjadi mangsa terbaru penjenayah bersenjatakan parang panjang yang berjaya melarikan beg tangan mangsa. 
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Juliana Omar, 28, bersama seorang rakannya singgah di Masjid Mukim Kampung Kuala Abang untuk menunaikan solat Zohor. 
Bagaimanapun sebaik selesai solat, mangsa terpandang kelibat seorang lelaki bersenjatakan parang panjang di pintu masuk ruang solat wanita. 
Juliana yang dihubungi berkata, suspek yang memakai topeng kemudiannya meluru ke arahnya menyebabkan dia ketakutan dan cuba melarikan diri, namun suspek telah menghalang mangsa dengan mengacukan parang panjang selain turut mengugut untuk membunuhnya. 
“Dia mengacukan parang ke arah saya sambil mengugut membunuh saya jika enggan menyerahkan beg tangan. 
“Saya terpaksa akur kerana takut dicederakan, kejadian itu benar-benar membuatkan saya trauma,” kata Juliana. 
Suspek yang berjaya mendapat habuan kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Viva putih. 
Juliana kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 10.30, malam semalam. 
Mangsa yang berasal dari Tebing Tembah serta rakannya kerugian lebih RM10,000 setelah dua beg tangan mereka yang mengandungi wang tunai, telefon bimbit, barang kemas, dokumen serta kunci kenderaan dikebas penyamun terbabit. 
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, mengesahkan kejadian dan suspek kini masih diburu polis. 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat individu mencurigakan menaiki kereta Perodua Viva putih boleh menghubungi polis di talian 09-8482222,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.