Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 3 Februari 2013

Polis Tahan 6 Pemeras Ugut Di Pulau Pinang

Foto: facebook

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng. Foto: facebook


GEORGETOWN - Polis menahan enam orang termasuk dua wanita dipercayai aktif memeras wang perlindungan daripada pemilik premis perniagaan di sekitar pusat bandar ini. 
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, suspek berusia antara 16 dan 27 tahun terbabit memaksa mangsa menyerahkan wang perlindungan atau minuman keras sebagai jaminan perniagaan mereka tidak diganggu. 
"Hasil risikan dan maklumat awam polis menahan seorang suspek dalam sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam sebelum menahan anggota lain di sekitar daerah ini pukul 6 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menemui empat helai kertas putih tercatit angka yang disyaki kutipan hasil pemerasan, 82 botol minuman keras, 42 keping kad niaga dan sebatang rotan. 
Kong Meng berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.