|
Tammy Holmes (dua dari kiri) berlindung di bawah sebuah jeti bersama cucu-cucunya ketika kebakaran hutan. |
|
Anjing mereka bernama Polly berada di atas jeti ketika keluarga mereka berlindung di dalam air |
|
Kanak-kanak ini bersedia terjun ke dalam air untuk berlindung di bawah jeti |
|
Ibu kanak-kanak ini, Bonnie Walker, bersyukur kerana anak-anaknya selamat |
|
Bangunan terbakar berhampiran dengan jeti |
|
Polis dan pasukan penyelamat sedang bertugas di Copping, di selatan Tasmania |
|
Api telah memusnahkan sekurang-kurangnya 128 rumah di seluruh Tasmania sejak lima hari lepas |
|
Kereta turut terbakar di Boomer Bay di tenggara pulau Tasmania beberapa hari lalu |
|
Imej satelit menunjukkan kebakaran di pulau Tasmania, termasuk kawasan yang berhampiran dengan Hobart |
|
Peta menunjukkan lokasi bandar Hobart dan pulau Tasmania di Australia |
HOBART - Sebuah keluarga di Australia terselamat daripada maut dengan berlindung di bawah sebuah jeti apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran hutan, lapor akhbar MailOnline semalam
Bencana tersebut yang berlaku di Dunalley, Pulau Tasmania baru-baru ini menyebabkan sekitar 90 kediaman di bandar itu musnah.
Dalam insiden itu pasangan suami isteri Tim dan Tammy Holmes terpaksa berlindung di bawah jeti tersebut bersama lima cucu mereka terpaksa berlindung di bawah jeti berkenaan selama lebih dua jam.
Ketika api bertambah marak dan bekalan oksigen semakin berkurangan akibat asap tebal, mereka masih berpaut pada struktur kayu itu sambil memeluk satu sama lain dengan harapan dapat keluar daripada situasi berbahaya itu.
Keluarga tersebut kemudian bergilir-gilir memadamkan api yang mula membakar jeti tersebut dengan mencurahkan air laut.
Selepas berlindung selama dua setengah jam, Tim akhirnya berjaya menemui sebuah perahu yang digunakan oleh mereka untuk keluar dari zon berbahaya itu.
"Kami menerima mesej menyatakan ibu dan bapa serta anak-anak saya dikelilingi api yang marak. Ketika itu, saya dan suami pasrah bahawa kami akan kehilangan mereka," kata anak perempuan Tim, Bonnie Walker dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Australia, ABC.
Menurutnya, dia dan keluarganya bersyukur kepada Tuhan kerana mereka terselamat dalam kebakaran hutan itu yang berlaku ketika Australia dilanda suhu panas ekstrem. - Agensi / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.