Bagaimana anak-anak anda ke sekolah?. Ada yang naik bas, naik kereta, berjalan kaki sebab sekolah depan rumah dan berbagai cara lagi. Kebanyakan dari masyarakat kita selesa untuk ke sekolah tanpa cabaran.Cuba lihat gambar yang dilampirkan. Bagaimana pelajar ke sekolah di negara jiran kita. Mereka bersusah payah meredah berbagai cabaran untuk pergi belajar. Kagum dan hebat dengan kesungguhan mereka.Sudah tentu bukan semua rakyat Indonesia terpaksa mengharungi cabaran sebegitu dan ia bukanlah satu gambaran bahawa negara jiran kita itu teruk. Keadaan yang sama ada juga berlaku di negara kita di kawasan terpencil seumpama di Sabah dan Sarawak.Paparan ini hanyalah untuk kita yang senang lenang ini berfikir sejenak nikmat yang Allah kurniakan pada kita buat sementara waktu ini. Tidak mustahil kesukaran dapat datang bila-bila masa saja jika dikehendaki Allah. Jika senang hendaklah bersyukur dan jika susah hendaklah bersabar! - Blog Warta Shubhi
Allah berfirman dalam al-Quran:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.
Khamis, 10 Januari 2013
Pemandangan Menyayat Hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.