Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 9 Januari 2013

Diburu Along Kerana Hutang Bekas Suami

Zarina bersama anak bungsunya yang pernah dicolek samseng along. Foto: myMetro

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal beranak tiga sekali lagi membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, ekoran tidak tahan lagi diganggu samseng along. 
Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan mengadu di biro sama tahun lalu. 
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zarina, 30-an, berkata, hidupnya kini dalam ketakutan dan berpindah lebih empat kali kerana diancam samseng along termasuk dua kali anak bongsunya yang berusia lima tahun diculik kumpulan terbabit. 
Beliau berkata, anaknya diculik kumpulan along pada 2009 dan Februari tahun lalu. 
Katanya, dia kini merempat di sebuah kem tentera di Selangor semata-mata untuk lari dari samseng along. 
“Saya diburu along selepas bekas suami membuat pinjaman RM15,000 dan kini hutang itu meningkat RM60,000. 
“Tanpa pengetahuan, suami membuat pinjaman menggunakan nama saya hingga kumpulan along mencari saya dan kini lebih empat kali berpindah rumah demi keselamatan diri serta tiga anak perempuan berusia lima hingga 12 tahun,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, dia trauma selepas anak bongsunya diculik along pada Februari tahun lalu selama sebulan selepas tidak mampu membayar pampasan RM4,000 ekoran tiada wang. 
“Saya berusaha mendapatkan wang itu dengan meminjam daripada saudara-mara dan kawan-kawan sebelum membayar kepada along terbabit bagi membebaskan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada Disember 2011. 
Harian Metro 6 Januari tahun lalu melaporkan, Zarina membuat aduan di MCA selepas diburu along dan sudah tiga kali berpindah rumah ekoran hutang yang dipinjam suaminya sebanyak RM15,000. 
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, bagi mengelakkan mangsa terus diburu, dia sudah berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah hari ini (semalam) bagi membincangkan perkara itu. - myMetro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.