Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 9 Januari 2013

Australia Dilanda Cuaca Panas

Australia dilanda suhu panas sehingga 54 darjah Celsius

Lebih 110 kebakaran dilaporkan di New South Wales

Sebuah bot cair di jeti Boomer Bay di Semenanjung Tasman selepas kebakaran belukar melanda rantau timur selatan pada hujung minggu.

Zac Palmer yang berusia sebelas tahun Zac Palmer berdiri di tengah-tengah tinggalan rumah datuk dan neneknya yang telah musnah selepas kebakaran belukar yang melanda rantau ini pada hujung minggu di Boomer Bay di Semenanjung Tasman di Tasmania

Pasukan bomba New South Wales bertungkus-lumus memadam api kebakaran akibat cuaca panas


SYDNEY - Suhu panas ekstrem di Australia memaksa biro cuaca kerajaan meningkatkan skala suhunya semalam dengan beberapa warna baharu digunakan dalam peta iklim untuk ramalan cuaca pada minggu depan. 
Kawasan Australia Tengah dilitupi warna ungu dalam peta ramalan cuaca untuk Isnin depan dengan warna tersebut membayangkan suhu diramal melonjak lebih 50 darjah Celsius. 
Ketua Ramalan dan Pemantauan Iklim Biro Meteorologi, berkenaan, David Jones berkata, skala itu yang turut menampilkan merah jambu untuk suhu antara 52 darjah Celsius hingga 54 darjah Celcius. 
Ramalan itu membayangkan rekod lama suhu panas akan dipecahkan. 
"Skala ini meningkat pada Selasa lalu manakala ramalan cuaca menunjukkan suhu akan meningkat melebihi 50 darjah Celcius," kata Jones kepada akhbar tempatan, Fairfax. 
Suhu paling panas pernah direkodkan di Australia ialah 50.7 darjah Celsius yang dicatat pada Januari 1960 di Oodnadatta, di negeri Australia Selatan. 
Keseluruhan negara ini mengalami hari yang paling panas kelmarin dengan purata suhu maksimum mencecah 40.33 darjah Celcius sekali gus mengatasi rekod catatan 40.17 darjah Celcius pada tahun 1972. 
Ekoran cuaca panas itu, lebih 100 kebakaran dilaporkan berlaku di New South Wales. - AFP / Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.