Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 10 Januari 2013

Feri Rempoh Tembok Laut Di New York 57 Cedera














NEW YORK - Feri Komuter yang mengangkut beratus-ratus penumpang merempuh tembok laut berdekatan daerah Wall Street, New York, pada pagi ini waktu tempatan dan mencederakan 57 orang. Seorang mangsa dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Feri Seastreak Wall Street mengalami kemalangan di New apabila terlanggar tembok laut dan penumpang yang berdiri terpelanting akibat perlanggaran yang kuat.

"Pagi ini merupakan hari yang normal, kami mendekati geladak dan feri itu melanggar sesuatu," ujar Breet Cebulash yang merupakan salah seorang penumpang feri tersebut.

Feri itu yang baru sahaja bertolak dari New Jersey mengalami kerosakan di bahagian hadapannya. Pasukan bomba, anggota penyelamat dan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg bergegas ke tempat kejadian.

Kapal tersebut bergerak tenang dengan kelajuan 10 hingga 12 knot sejam ketika melanggar tembok laut. Para penumpang kelihatan terbaring di geladak setelah kemalangan berlaku.

Beberapa mangsa yang cedera segera dikejarkan ke hospital dan beberapa mangsa yang lain dirawat di lokasi kejadian.

Ramai di antara penumpang feri tersebut cedera di bahagian kepala. Dua daripada mangsa yang cedera adalah pegawai Bank Barclay PLC.

Sebelum ini, kemalangan feri di Staten Island pada tahun 2003 telah menyebabkan kematian 11 orang dan mencederakan puluhan yang lain. 
Manakala pada Mei 2010, kejadian serupa mencederakan 40 orang. Kapten feri ketika tragedi 2003 dan penyelianya telah dijatuhi hukuman satu tahun penjara oleh mahkamah. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.