Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 10 Januari 2013

Ramai Rakyat AS Tak Suka Kongres

Anggota Kongres AS sedang bersidang. Kongres AS sama dengan Parlimen di Malaysia. Foto: hcmasia


WASHINGTON - Ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) ketika ini tidak begitu menyukai anggota Kongres AS.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Public Policy Poling pada minggu lalu mendapati, tahap populariti Kongres AS pada masa ini berada pada kedudukan yang paling rendah.

Hanya 9 peratus daripada 830 responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat tersebut yang menyatakan mereka menyukai Kongres AS.

"Kami tahu Kongres ketika ini tidak popular di kalangan rakyat, namun fakta yang menyebutkan rakyat lebih menyukai lipas daripada Kongres AS menunjukkan reputasi institusi tersebut ketika ini sangat teruk," ujar Presiden dari Public Policy Poling, Dean Debnam.

Populariti Kongres AS menurun secara drastik kerana dianggap hanya memikirkan kepentingan kelompok mereka dalam menangani masalah ekonomi yang sedang melanda negara kuasa besar itu.

Sebelum ini, Kongres AS yang dikuasai Parti Republikan sering berbeza pendapat dengan Presiden Barack Obama berkaitan cadangan kenaikan cukai. 
Dalam tinjauan pendapat yang dilakukan sebelum ini, warga AS lebih menyalahkan Kongres berbanding Obama apabila keadaan ekonomi AS merosot akibat perseteruan politik di negara itu. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.