Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 12 Januari 2013

Staf Obama Terlalu Putih Dan Ramai Lelaki

White House mengeluarkan foto ini untuk menangani persepsi bahawa pasukan dalaman Presiden Obama dikuasai oleh lelaki


The New York Times menerbitkan foto ini pada 29 Disember 2012 tentang kepelbagaian penasihat utama Presiden Obama

Washington: Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, Barack Obama dibidas termasuk juga anggota Parti Demokrat kerana memilih lebih ramai lelaki kulit putih ke jawatan kanan pentadbirannya bagi penggal ke-2.

Obama kelmarin menamakan Jack Lew ke jawatan Setiausaha Perbendaharaan, lelaki kulit putih ke-4 dinamakannya ke dalam Kabinet sejak beberapa minggu lalu.

Pencalonan Lew diikuti dengan pengumuman bahawa Obama memilih Senator John Kerry bagi menggantikan Hillary Clinton ke jawatan Setiausaha Negara.

Jika diluluskan, Kerry akan menjadi ahli politik kulit putih pertama memegang jawatan itu dalam tempoh satu dekad.

Obama juga menamakan bekas Senator Chuck Hagel ke jawatan Setiausaha Pertahanan dan John Brennan sebagai ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Memang sangat memalukan, kata salah seorang anggota Kongres paling kanan, Charles Rangel, ahli Demokrat dari New York, mengenai pelantikan Obama.

Lebih-lebih lagi Obama kehilangan wanita Hispanik pertama menyertai sesi Kabinet, Hilda Solis yang meletakkan jawatan, Rabu lalu.
Bulan lalu, seorang lagi wanita kulit hitam meletak jawatan iaitu Lisa Jackson yang mengetuai Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

Senator Demokrat dari New Hampshire, Jeanne Shaheen, menyifatkan pelantikan ke jawatan kanan oleh Obama sebagai mengecewakan.

Lebih-lebih lagi hanya New Hampshire negeri yang menghantar perwakilan wanita tunggal ke Kongres.

Kita perlu kerajaan semua golongan supaya dapat menangani isu secara menyeluruh, katanya lagi.

Kepelbagaian politik di Amerika biasanya merujuk kepada wanita, minoriti etnik khususnya Hispanik dan warga Afrika-Amerika. - REUTERS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.